Cetak

Temu Mesra bersama pelajar baharu Diploma Sesi Kemasukan 2016/2017

Pada 11 Jun 2016 yang lalu, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) menyambut kedatangan  pelajar baharu bagi program  diploma Sesi 2016/2017 . Seramai 39 orang pelajar program Diploma Teknologi  Maklumat  (DTM) dan  38 orang pelajar  program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) (DTMM) telah  mendaftarkan diri di fakulti. Majlis sambutan yang diadakan secara ringkas tapi penuh berinformasi  itu telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik & Prasiswazah, Hj. Ahmad Nazari Mohd Rose. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Pelajar & Hubungan Alumni , Dr.Mohd Fadzil Abdul Kadir ,  Ketua Pusat  Pengajian Teknologi Maklumat, En. Mohd Kamir Yusof,  Ketua Pusat Pengajian Multimedia , Puan Azilawati Rozaimee dan beberapa orang kakitangan sokongan fakulti.

Majlis tersebut dimulai dengan ucapan aluan oleh  Timbalan Dekan Akademik & Prasiswazah yang memberi pelbagai nasihat berguna kepada para pelajar khususnya hal yang melibatkan akademik. Selain daripada itu, beliau turut mengingatkan para pelajar supaya berusaha mencapai kecemerlangan dalam aspek sahsiah diri. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti kursus Diploma Teknologi  Maklumat  dan Diploma Teknologi Maklumat  (Multimedia) yang ditawarkan oleh pihak  fakulti khususnya dan di UniSZA amnya.

Sesi taklimat berkaitan  fakulti dan struktur pengajian  DTM dan DTMM pula telah disampaikan oleh En. Mohd Kamir Yusof dan Puan Azilawati Rozaimee. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama pelajar. 

DSC 0069 Medium