Cetak

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Panel MQA

Pada 31 Julai 2016 hingga 1 Ogos 2016, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menerima lawatan daripada  pihak Malaysian Qualification Agency (MQA). Seramai 4 orang panel penilai yang telah hadir dan 26 orang staf akademik yang mengajar bagi program tersebut serta semua ahli pengurusan fakulti turut terlibat.

Ahli Panel Penilai (APP) diketuai oleh Prof. Dr. Saadiah Yahya dan ahli-ahlinya iaitu Prof. Madya Dr. Shukor Abd. Razak (Universiti Teknologi Malaysia) dan Dr. Zulkefli Mansor (Universiti Kebangsaan Malaysia). Seorang pegawai wakil MQA ialah Puan Nor Izumee Ramli.

Majlis perasmian sesi pembukaan dan pembentangan berkaitan program telah dilaksanakan oleh Dekan FIK, Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin pada jam 9.00 pagi.

Penilaian ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan kelayakan dan pengiktirafan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian. Program ini merupakan program baharu yang telah ditawarkan bermula sesi akademik 201/2013.

Penilaian ini merangkumi aspek semakan, penelitian dan pengauditan terhadap dokumen-dokumen asal program yang ditawarkan oleh fakulti, khususnya dan universiti amnya. Di samping itu juga, lawatan ini secara langsung melibatkan penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi program tersebut.

Sesi lawatan ini diakhiri dengan exit meeting pada hari kedua beserta sesi bergambar ahli panel beserta semua staf FIK yang terlibat. 

MQA logo