Cetak

Bengkel Retreat Kurikulum Kursus Program Ijazah Sarjana Muda

Besut – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah berjaya mengadakan  satu bengkel Retreat Kurikulum Kursus Program Ijazah Sarjana Muda pada 13 hingga 15 Ogos 2016 yang lalu bertempat di Dewan Auditorium, Perpustakaan, UniSZA Kampus Gong Badak.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mengemaskini komponen kursus pengkhususan dan kursus teras mengikut garis panduan semasa serta mengemaskini pemetaan struktur kursus kurikulum selari dengan keperluan iCGPA selain meneliti outcome-based-education bagi setiap kursus yang terlibat. Sehubungan itu, pengstrukturan semula kursus dilakukan dengan penambahan dan pengguguran mengikut keperluan standard komputeran yang perlu dilaksanakan untuk kemasukan bulan September 2016 dan perubahan yang dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan iCGPA pada masa akan datang.

Seramai 48 orang staf akademik FIK telah terlibat dalam bengkel tersebut. Turut dilantik dua orang fasilitator dari luar iaitu daripada Universiti Malaysia Pahang, Dr. Zulkefli Mansor dan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd Rusllim Mohamed.

Semoga bengkel ini dapat dijadikan ruang kepada staf akademik demi mencapai objektif yang diharapkan ke arah pencapaian akademik yang unggul dan berkualiti.

lib