Print

Bengkel Pembangunan Bahan Pentaksiran Ijazah Sarjana Muda

Besut - Pada 28 hingga 29 September 2016 yang lalu, pihak Fakulti Informatik dan Komputeran telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Pentaksiran Ijazah Sarjana Muda yang bertempat di Dewan Seminar, Kompleks FIK di Kampus Besut.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membentuk perancanfan pengajaran yang menyokong pelaksaan OBE, memberi pendedahan kepada pensyarah terhadap pembangunan bahan pentaksiran yang berasaskan Taxanomy Bloom yang sesuai selain melatih pensyarah membangunkan bahan pentaksiran yang sesuai dengan kehendak Hasil Pembelajaran Kursus-Kursus. Sehubungan itu, bengkel ini juga dapat membangunkan bahan pentaksiran  yang sesuai dan berlandaskan prinsip OBE. Sehubungan dengan itu,pematuhan 100% perlaksanaan OBE sebagaimana yang dihendaki oleh auditor MQA02 dan perubahan yang dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan iCGPA pada masa akan datang.

Seramai 38 orang staf akademik telah terlibat dalam bengkel tersebut. Bagi tujuan melatih para pensyarah supaya arif dengan pelaksanaan tersebut,turut  dilantik dua (2) orang fasilitator yang telah dijemput khas dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu Dr. Adzhar bin Kamaludin dan Encik Aziman bin Abdullah.

Semoga bengkel ini dapat dijadikan ruang kepada staf akademik demi mencapat objektif yang diharapkan ke arah pencapaian akademik yang unggul dan berkualiti.

DSC 2180 Large