Print

Lawatan delegasi dari Yala Rajabhat Universiti, Thailand

Besut, 13 November 2016 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK  telah dikunjungi oleh satu Delegasi dari Universiti Yala  Rajabhat (YRU), Thailand. Tujuan utama kunjungan kerja ini adalah untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Pengurusan Fakulti mengenai program pertukaran pelajar, idea dan penyelidikan dan kerjasama akademik. Selain, berbincang mengenai pengalaman profesional dan pertukaran pensyarah bagi tujuan pembangunan.

            Delegasi ini diketuai oleh Dekan Fakulti Sains Teknologi dan Agriculture, Prof.Madya Dr. AbdulNaser Hajisamoh, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Encik Ekkapak Meechai, Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer, Dr. Attapol AdulYasas dan Ketua Pusat Pengajian Biologi, Dr. Abdullah Dolah Dalee.

            Perbincangan dengan YRU ini telah dipengerusikan oleh Dekan FIK, Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin dan telah dianggotai oleh kesemua barisan Pengurusan fakulti. Perbincangan berlangsung selama 2 jam setengah ini telah mencapai kata sepakat supaya diadakan program pertukaran pelajar antara FIK dan YRU pada tahun 2017. Delegasi YRU telah disajikan dengan pelbagai input program-program yang ditawarkan di FIK, dan kejayaan serta pencapaian terbaik FIK di dalam negara dan luar negara.

            Diharapkan agar perbincangan dua hala ini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terjalin antara dua fakulti khasnya, dan menyatukan dua buah universiti amnya.

DSC 0153 Large DSC 0156 Large DSC 0196 Large