Print

Sarjana Teknologi Maklumat (Informatik Pengurusan)

Pengenalan

Sarjana Teknologi Maklumat (Informatik Pengurusan) diwujudkan bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan profesional bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat. Ianya dijalankan secara mod campuran, melibatkan kerja kursus dan disertasi. Program ini diadunkan supaya memenuhi tuntutan pasaran ilmu pengetahuan yang sejajar dengan perkembangan teknologi semasa serta diperkukuhkan dengan nilai tambah sahsiah diri yang tinggi.

Maklumat Program

TAJUK ANUGERAH

Sarjana Teknolgi Maklumat (Informatik Pengurusan)

MOD PENGAJIAN

Sepenuh Masa

BAHASA PENNGANTAR

Inggeris / Melayu

TEMPOH PENGAJIAN

1.5 Tahun (3 Semester)- 3 Tahun (6 Semester)

KREDIT UNTUK BERGRADUAT

40 Kredit

JUMLAH YURAN

Pelajar Tempatan         : RM 11,500.00

Pelajar Antarabangsa   : USD 7,513.00

Syarat Kemasukan

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Mempunyai ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang komputeran atau bukan komputeran dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.75 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf:

ATAU

Bagi calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda kepujian dan mempeolehi PNGK di bawah 2.75 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, permohonan keamsukan akan diteliti berdasarkan pengalaman kerja yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun.

ATAU

Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diikitiraf oleh senat.

DAN

Calon luar negara perlu mendapat sekurang-kurangnya 550 markah bagi ujian bertulis TOEFL (versi akademik), atau tahap 6.0 IELTS (versi akademik), atau markah 79-80 bagi ujian TOEFL berasskan internet, atau 213 markah bagi ujian TOEFL barasaskan kamputer, atau yang setara. Jangkamasa kesahihan keputusan TOEFL dan IETS mestilah tidak melebihi 5 tahun.

Struktur Program

Struktur kurikulum yang ditawarkan adalah mengikut struktur yang telah digariskan oleh pihak Universiti Sultan Zainal Abidin iaitu melibatkan kursus Teras  (termasuk Metadologi Penyelidikan dan satu Disertasi) dan kursus Pengkhususan.

Kelayakan untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat(Informatik Pengurusan), setiap pelajar dikehendaki lulus sekurang-kurang 40 jam kredit kursus. Komponen-komponen program dan nilai pemberat adalah seperti berikut:

Modul Teras:               45 %

Modul Pengkhususan: 55%

Skema Pengajian

SKEMA PENGAJIAN

Pengajian sarjana anda bermula dengan kursus-kursus yang berbentuk syarahan yang akan dinilai melalui kerka kursus dan peperiksaan akhir, diikuti dengan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dan berakhir dengan penghasilan disertasi.

Semester 1:

ITC 13103 (TKS 5013) – Advanced IT for Business

ITC 13203 (TKS 5023) – Advanced Management Information System

ITC 13303 (TKS 5033) -  Advanced System Analysis and Design

Semester 2:

ITC 11102 (TKF 5012) - Research Methodology In Informatics

ITC 13403 (TKS 5043) – Informatics Project Management

ITC 13503 (TKS 5053)- Web Technology for Management

ITC 13603 (TKS 5063)- Advanced Knowledge Management In Informatics

Semester 3

ITC 29920 (TKF 5991) – Dissertation

Yuran

Pelajar Tempatan:

Semester I –   RM 3,170.00

Semester II – RM 3,130.00

Semester III - RM 5,200.00

Jumlah :       RM 11,500.00

Pelajar Antarabangsa:

Semester I –  USD 2,084.00

Semester II – USD 2,095.00

Semester III- USD 3,334.00

Jumlah :        USD 7,513.00

Pertanyaan

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, KAMPUS BESUT, 22200 BESUT

Tel : 09-699 3333

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman web : https://www.fik.unisza.edu.my

PERMOHONAN

Calon dikehendaki membuat permhonan secara atas talian kepada Pusat Pengajian Siswazah

https://pps.unisza.edu.my. Permohonan dibuka sepanjang tahun.