Program IT4U @ Besut 2018

Besut - Pada 19 Februari 2018, telah berlangsung Majlis Perasmian program IT4U@Besut 2018 bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA Kampus Besut. Penganjuran Program IT4U@Besut 2018 ini adalah merupakan hasil usahasama antara Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Digital Hub, dan Pejabat Naib Canselor, UniSZA. Program ini telah mendapat sumbangan daripada Syarikat Ledakan Digital Services dan Celcom Axiata Berhad.

IT4U@Besut 2018 adalah satu program yang dikhususkan untuk masyarakat setempat sebagai sumbangan universiti terhadap komuniti, sekaligus menjalinkan hubungan yang baik antara universiti dengan komuniti luar. Program ini dirasmikan oleh YB Haji Mohd Mahdi bin Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kota Putera dan dihadiri oleh Naib Canselor dan pihak Pengurusan Tertinggi UniSZA.
Program IT4U@Besut 2018 ini adalah program kedua kalinya yang dijalankan di FIK. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang sepanjang Program IT4U@Besut ini berlangsung. Diantaranya adalah penerimaan pelajar angkat ICT dari 3 buah sekolah iaitu SMA Maarif, SMK Tembila dan SMK Permaisuri Nur Zahirah yang terletak di sekitar Daerah Besut ini. Seramai 5 orang pelajar dari setiap sekolah telah terpilih menjadi pelajar angkat Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Tambahan pula, ADUN Kota Putera turut berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada pelajar-pelajar tersebut.

Penyerahan Laman Web dan e-Commerce yang telah disumbangkan oleh Syarikat Ledakan Digital Services kepada perusahaan Kraftangan Besut iaitu daripada Azbina Trading adalah kemuncak bagi program ini.Selain itu terdapat Kursus Adobe Photoshop yang telah diberikan kepada 20 orang belia di daerah Besut dan Kursus Pengaturcaraan Robotik yang disertai oleh 15 orang pelajar angkat fakulti daripada 3 buah sekolah.

Fakulti berharap program sebegini dapat merapatkan lagi jurang antara universiti dan komuniti.

fik unisza it4u

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin