Bengkel Retreat Memberi Nafas Baru Di FIK

         Rabu ,21 Mac 2018 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan satu Bengkel Retreat FIK 2018 yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 21 Mac hingga 22 Mac 2018, bertempat di Dewan Auditorium, Perpustakaan, UniSZA Kampus Gong Badak dan Dewan Seminar AQeL, Kampus Gong Badak.

          Bagi menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah menetapkan bahawa setiap universiti awam(UA) perlu mencapai kriteria-kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Selain itu, UniSZA juga telah menetapkan bahawa setiap fakulti perlu mencapai sasaran KPI fakulti bagi membantu mencapai KPI Universiti dan secara tidak langsung mencapai KPI fakulti. Demi merialisasikan hasrat tersebut, Mesyuarat Pengurusan FIK Bil.1/2018, bertarikh 21 Februari 2018 telah bersetuju untuk mengadakan Retreat FIK’18 ini sebagai persediaan mencapai Pelan Strategik UniSZA 2017 – 2025.

          Dalam ucapan pembukaannya, Prof.Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Dekan FIK telah menyarankan agar semua staf akademik bertindak dengan lebih berfokus bagi mencapai setiap sasaran. Setiap staf di fakulti memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk berkhidmat kepada pelanggan utama (pelajar) bahkan juga kepada masyarakat umum dan negara secara keseluruhannya.

          Menurut Dekan FIK lagi, agenda utama retreat kali ini adalah bagi mengumpulkan para ahli akademik untuk bersama-sama memberi pendapat dan memperhalusi takwim aktiviti fakulti bagi tahun 2018. Antara agenda lain yang dibincangkan sepanjang bengkel berlangsung adalah membincangkan hal-hal akademik khusus bagi mencapai Pelan Tindakan Akademik 2018. Selain membincangkan hal penyelidikan di fakulti serta menyiapkn Pelan Tindakan Penyelidikan, hal ehwal pelajar dan alumni, jaringan industri, penjanaan hasil fakulti, aktiviti bersama komuniti setempat, pengantarabangsaan (MoU dan MoA), dan kebajikan sosial yang menyokong kepada aktiviti kebajikan dan sosial staf. Bengkel ini telah dihadiri oleh 41 orang staf akademik dan dibantu oleh 4 orang urusetia yang terdiri daripada staf sokongan. Pembentangan setiap kumpulan yang dianggotai oleh 6 dan 7 orang staf akademik telah dilakukan berdasarkan tajuk dan kumpulan yang telah diagihkan. Pengisian takwim fakulti bagi tahun 2018 telah selesai dilakukan selepas pembentangan setiap kumpulan  yang telah bekerjasama merancang segala pengisian mengikut kategori.

            Di akhir retreat, Dekan turut membentangkan resolusi retreat akademik yang telah dipersetujui sepanjang program ini dijalankan untuk sepanjang tahun 2018. “Diharapkan setiap objektif dan aktiviti akademik fakulti dapat dicapai melalui perancangan dan output yang terhasil daripada retreat ini,” katanya ketika majlis penutup retreat tersebut.

 DSC 1954 Large

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin