Perbincangan Berkenaan Kerjasama di Antara Fakulti Sains Informatik, Kolej Universiti Bestari (UCB) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA

Besut, 11 April 2018 – Fakulti Sains Informatik ,Kolej Universiti Bestari(UCB) berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA mengenai mobiliti pelajar dan staf di antara kedua-dua organisasi ini.

Hasrat itu disuarakan FSI, UCB ketika mengadakan perbincangan sempena lawatan ke FIK, UniSZA yang dihadiri 4 orang staf FSI diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam bin Yusof.

Delegasi berkenaan disambut oleh Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran, Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, dan ahli pengurusan FIK.

Selain itu, hasil daripada perbincangan tersebut turut bercadang bagi mengadakan MoA antara dua(2) organisasi, yang meliputi pembangunan staf akademik dan mobiliti berkredit untuk pelajar. Selain itu, pihak FSI juga berhasrat untuk menggunakan kemudahan makmal di FIK untuk aplikasikan kepada pelajar FSI, selain usahasama persatuan pelajar di antara kedua-dua pihak.

Semoga segala perancangan yang telah dirancang antara FSI dan FIK dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berpanjangan.

 dsc 1924 medium

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin