Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Panel MQA ke Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)

Besut - Pada 16 dan 17 April 2018, pihak Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menerima lawatan daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi penilaian akreditasi penuh Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian. Penilaian ini melibatkan empat (4) orang panel terlibat yang telah dijemput dari pihak MQA iaitu :

Panel Penilai ;

  1. Zulkefli Mansor (UKM, Bangi)
  2. Mejar (K) Prof. Dr. Jasni Mohamad Zain (UiTM Shah Alam)
  3. Mohamad Fadli Zolkipli (UMP, Pahang)

Pegawai MQA ;

  1. Puan Habibah Danian

Penilaian ini merangkumi aspek temubual bersama panel MQA bersama staf akademik yang mengajar program ISMSK(KI), pelajar ISMSK(KI) yang telah dipilih bagi setiap kemasukan dan 4 orang MPP. Selain itu, semakan dokumen bagi kursus teras & pengkhususan yang ditawarkan dibawah program ini.

Disamping itu juga, lawatan penilaian ini secara langsung melibatkan penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ilmu yang dijalankan, melihat, memantau dan memeriksa premis, bilik/dewan kuliah, makmal, perpustakaan, peralatan, paparan etika dan peraturan, serta bekalan keperluan sumber (ilmiah) di bilik kebal dalam mematuhi kriteria telah ditetapkan oleh MQA terutama dalam aspek keselamatan, kesihatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara Ahli Panel Penilai (APP) dan Pegawai MQA yang hadir adalah:

Majlis perasmian sesi pembukaan dan pembentangan berkaitan program telah dilaksanakan oleh Dekan FIK, Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir dengan sesi Mesyuarat Exit pada jam 12.15 tengah hari.

DSC 2438

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin