Perjumpaan Pelajar Baru Diploma

Kuala Nerus – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan satu perjumpaan bersama pelajar baharu Diploma Semester I Sesi 2017/2018 pada 4 Jun 2018 di Dewan Auditorium, Blok D, UniSZA Kampus Besut.

Perjumpaan tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Dekan FIK, iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin yang telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau bagi melahirkan graduan FIK yang berjaya kelak. FIK menerima seramai 97 orang pelajar baharu yang terdiri daripada 48 orang di bawah Program Diploma Teknologi Maklumat (DTM) dan 49 orang di bawah Program Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) (DTMM).

Perjumpaan tersebut turut disertakan sesi taklimat oleh Pengurusan FIK yang terdiri daripada Dekan, Ketua Pusat Pengajian (KPP) bagi kedua-dua program dan dijemput khas, seorang Penolong Pendaftar dari Pejabat Pengarah Kampus Besut, En. Ahmad Asmawi bin Ibrahim. Program ini merupakan acara wajib yang diadakan pada setiap sesi kemasukan bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai fakulti secara umumnya dan program-program yang terdapat di fakulti.

Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan mengenai arahan-arahan dan prosedur yang terpakai di fakulti. Melalui amanat Dekan FIK, beliau turut menyatakan ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang berjaya iaitu antaranya, tidak meninggalkan solat, menghargai masa, berdisiplin, menghormati antara satu sama lain, sentiasa mencari ilmu dan pandai mengambil peluang. Ini kerana, FIK bukan sahaja ini melahirkan pelajar yang hanya berjaya dalam bidang akademik, tetapi ingin melahirkan pelajar yang holistik dan berketerampilan.

kemasukan pelajar diploma 2018 2kemasukan pelajar diploma 2018 3

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin