Tahniah & Selamat Datang Pelajar Baru

Besut, 6 Sept 2018 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan satu perjumpaan bersama pelajar baharu Ijazah Semester I Sesi 2018/2019 pada 6 September 2018 di Dewan Auditorium, Blok D, UniSZA Kampus Besut.

Perjumpaan tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Dekan FIK, iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin yang telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau bagi melahirkan graduan FIK yang berjaya kelak. FIK telah menerima seramai 96 pelajar baharu pada sesi kali ini yang terdiri daripada 29 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian), 32 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ( Keselamatan Rangkaian Komputer), 13 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ( Komputeran Internet ) dan 22 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media).

Perjumpaan tersebut turut disertakan sesi taklimat oleh Pengurusan FIK yang terdiri daripada Dekan, Ketua Pusat Pengajian (KPP) bagi program Ijazah dan dijemput khas, seorang Penolong Pendaftar dari Pejabat Pengarah Kampus Besut, En. Ahmad Asmawi bin Ibrahim. Program ini merupakan acara wajib yang diadakan pada setiap sesi kemasukan bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai fakulti secara umumnya dan program-program yang terdapat di fakulti.

Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan mengenai arahan-arahan dan prosedur yang terpakai di fakulti. Melalui amanat Dekan FIK, beliau turut menyatakan ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang berjaya iaitu antaranya, tidak meninggalkan solat, menghargai masa, berdisiplin, menghormati antara satu sama lain, sentiasa mencari ilmu dan pandai mengambil peluang. Ini kerana, FIK bukan sahaja ini melahirkan pelajar yang hanya berjaya dalam bidang akademik, tetapi ingin melahirkan pelajar yang holistik dan berketerampilan.

DSC 4203