UniMaker 2018 : FIK dan UDH melahirkan pelajar yang berinovasi

UniMAKER memberi tumpuan kepada pembinaan idea dan penyelesaian inovatif bertemakan Revolusi Perindustrian ke-4 (IR 4.0). Menurut Klaus Schwab, Pengerusi Forum Ekonomi Dunia, IR 4.0 adalah revolusi perindustrian yang mensinergikan aplikasi fizikal, digital dan biologi. UniMAKER 2018 bertujuan mencetus dan mengetengahkan hasil kerja inovasi mahasiswa dari Universiti Awam (UA) dan juga Universiti Swasta (US) dalam mendepani cabaran Revolusi 4.0. UniMAKER juga merupakan platfom untuk membina gerakan pencipta “Makers Movement” yang kini aktif di peringkat global.

UniMAKER peringkat saringan terbahagi kepada 4 zon iaitu Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Sentral. Untuk peringkat Zon Timur, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah melantik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran UniMAKER Peringkat Zon Timur. Atas sebab itu, penganjuran UniMAKER 2018 Peringkat Zon Timur telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak pada 7 Oktober 2018.

UniSZA Digital Hub (UDH) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menghantar beberapa kumpulan pelajar bagi menyertai pertandingan ini. Disamping itu, pertandingan ini telah disertai oleh 7 buah UA dan US iaitu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku tuan rumah, Universiti Malaysia Pahang (UMP, Universiti Teknologi Mara (UiTM Cawangan Terengganu), Tati University College (TATIUC), Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah 208 orang mahasiswa/mahasiswi dan terdiri daripada 40 kumpulan.

Pertandingan yang bermula jam 8.00 pagi itu menyaksikan peserta melalui 2 sesi penilaian produk inovasi dan diadili oleh 10 orang juri yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dari sektor swasta dan golongan profesional. Setelah diadili, 20 kumpulan terbaik telah dipilih untuk meneruskan perbentangan produk inovasi mereka pada sesi kedua. Kemudiannya, hanya 10 kumpulan dipilih untuk memasuki peringkat akhir. 10 kumpulan terbaik itu perlu membentangkan produk inovasi mereka di atas pentas dan di adili buat kali terakhir oleh 10 orang juri tersebut.

Majlis penutup UniMAKER 2018 Peringkat Zon Timur dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi ) UniSZA, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad. Yang Berbahagia Prof. telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Lima (5) pemenang di Peringkat Zon Timur telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah         RM 15,000 untuk Juara, RM 8,500 untuk Naib Juara, RM 7,000 tempat ketiga, RM4,000 tempat keempat dan RM3,000 untuk tempat kelima. Hadiah utama telah dimenangi oleh peserta dari TATIUC dengan produk inovasi mereka, Autonomous AquaCare. Senarai pemenang yang lain adalah seperti Jadual 1

Hadiah

Universiti Awam / Universiti Swasta

Produk

Naib Johan

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

EzLarvae

Tempat Ketiga

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Smart Class

Tempat Keempat

Universiti Selangor (UNISEL)

JomQ

Tempat Kelima

Universiti Selangor (UNISEL)

Mini HydroPower

Kesemua pemenang Peringkat Zon Timur ini akan berentap di Pertandingan Akhir UniMAKER 2018 yang diadakan di Damansara City Mall pada 24 – 25 November 2018 bagi merebut hadiah bernilai lebih RM 150,000.

pemenang unimaker

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin