Technopreneurship Camp Mengasah Bakat Pelajar Dalam Usahawan ICT

Dalam dunia perniagaan pada era ini sebuah teknologi memberikan kontribusi yang sangat besar. Dengan munculnya inovasi dalam teknologi telah membuka kesempatan dan lembaran yang baru bagi dunia perniagaan. Sehingga sering sekali kita dengar istilah Technopreneur. Technopreneur sendiri memiliki pemahaman yang berbeza dari berbagai kalangan masyarakat.

Pernahkah kalian mendengar kata Technopreneur? Dilihat dari asal katanya, technopreneur merupakan penggabungan dari dua kata iaitu teknologi dan entrepeneur.

Menurut Yudha Pratomo, Utilization of Human Virtual Intelligence Framework in Managing Technopreneur Knowledge, Faculty of Computer Science, University of Sriwijaya, Jurnal Generic 2010, “Technopreneurs are people who make or found their own technology-based business by recognizing opportunities and organizing resources”. Technopreneur mengandungi maksud tentang bagaimana cara pemanfaatan teknologi yang sedang berkembang pesat untuk dijadikan sebagai peluang usaha. Oleh yang demikian, entrepreneur itu sendiri bermaksud sesesorang yang mengusaha atau yang mengelola usaha dengan keberanian untuk mengambil risiko guna mencapai keuntungan dan pertumbuhan dengan cara mengidentifikasi peluang yang ada. Teknologi pada masa sekarang menjadi salah satu peluang yang ada. Dari penjelasan tersebut, dapat disimpulkan bahawa technopreneur itu adalah Entrepreneur yang mengoptimalkan berbagai potensi perkembangan teknologi yang ada sebagai asas pengembangan usaha yang di jalankannya, atau bisa di bilang Technopreneur ini adalah Entrepreneur modern yang berbasis pada teknologi dalam menjalankan usahanya.

Adapun contoh dari para technopreneur yang realisasi dari hasil kerja kerasnya dapat dirasakan oleh masyarakat dimasa sekarang yaitu:

  • Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes merancang dan mengembangkan teknologi jaringan sosial yang berbasis web yang mereka namakan FACEBOOK.
  • Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim merancang dan mengembangkan YOUTUBE sebagai media berbagi video di antara masyarakat.
  • Bill Joy merancang dan mengembangkan Sun Microsystem
  • Bill Gates merancang dan mengembangkan MICROSOFT.
  • Jeff Bezos merancang dan mengembangkan sistem penjualan buku secara online yang diberi nama AMAZONE.COM.

Antara matlamat fakulti adalah melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah menjadi rebutan di arena pekerjaan tidak kira di sektor awam mahupun swasta.

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama syarikat Indeepreneur telah berjaya menganjurkan Kem Technopreneurship 2018 selama tiga hari dua malam di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan. Kem ini telah diadakan pada 18 hingga 20 Oktober 2018.

Sempena Bulan Keusahawanan Siswa 2018, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama UniSZA Digital HUB dan Pusat Keusahawanan telah berjaya menganjurkan Kem Technopreneurship 2018 selama tiga hari dua malam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort, Kota Bharu, Kelantan. Kem ini telah diadakan pada 18 hingga 20 Oktober 2018.

Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar FIK dengan tekno keusahawanan. Teknousahawan adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasikan dan menggunakan kepakaran teknologi dalam pengeluaran produk, perkhidmatan, pengurusan perniagaan dan membuat keputusan berkaitan perniagaan. Program ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan digital serta dapat mencungkil bakat terpendam menerusi aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang kem ini berlangsung.

Bagi berkongsi kepakaran dalam bidang ICT keusahawanan ini FIK telah menjemput fasilitator bertauliah dari Indeepreneur IT & Resources bagi memberi gambaran serta praktikal sebenar teknousahawan dalam bidang IT. Program ini berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan seramai 50 orang pelajar Ijazah dan Diploma di FIK yang terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 32 orang pelajar perempuan. Pengisian slot taklimat oleh fasilitator tentang tekno keusahawanan, selain penerangan tentang teknologi terkini. Pelajar juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan menghasilkan pitching ideas melalui pitching session dan dinilai oleh panel.

Selain daripada berkerjasama mencurah idea dan pendapat dalam aktiviti berkumpulan, pelajar juga berpeluang untuk merapatkan silaturahim antara mereka dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak urusetia seperti treasure hunt, Cuba Teka?, dan cheer berkumpulan.

Program ini perlu diadakan setiap tahun bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran keusahawanan dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu, pelajar juga dapat membangunkan produk inovasi yang boleh dikomersilkan dan menggunakan input keusahawanan yang diperolehi sepanjang kem ini.

DSC 4892

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin