Sistem e-voting semakin diterima oleh fakulti

Besut – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA Kampus Besut melakar sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali mengadakan pengundian secara berkomputer bagi memilih badan wakil pelajar.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) fakulti, Dr. Mohd Fadzil bin Abd Kadir berkata, dalam pemilihan Persatuan Mahasiswa/I FIK (PMFIK) Sesi 2018/2019, seramai 744 orang pemilih layak mengundi yang merangkumi semua pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) daripada semua semester.

Menurutnya, dalam sesi pengundian pada 12 Disember 2018 lalu, 25 orang calon disenarai pendek untuk bertanding bagi merebut 24 kekosongan kerusi yang ditawarkan dalam PMFIK. “Sesi ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana sesi pengundian diadakan secara konvensional dan manual.” “Sesi kali ini ditambah baik daripada segi penggunaan teknologi melalui proses pengundian secara berkomputer.

“Apa yang menariknya proses kali ini sempurna dan lancar sekali daripada fasa pendaftaran kehadiran pengundi, pembuangan undi hingga ke pemaparan dan pengumuman keputusan calon sejurus selepas tamat pengundian ,” katanya.

Menurutnya, keputusan diumum secara automatik tanpa perlu membuat pengiraan undi secara manual seperti kebiasaanya.

“Sistem Pengurusan Pengundian Secara Berkomputer (i-Undi) ini hasil idea, konsep dan ciptaan syarikat pembangun perisian milik bumiputera, Indeeprenuer IT & Resouces Sdn. Bhd. “i-Undi secara rasminya dilancarkan di UniSZA sempena Sesi Pengundian Pemilihan Badan Wakil Pelajar (MPP) Sesi 2018/2019 yang diadakan pada 31 Oktober 2018 yang lalu.

“Penggunaan sistem i-undi memudahkan kerja ahli Sekretariat Pilihan Raya (SPR) PMFIK dalam memastikan proses lancar, telus dan penuh berintegriti.” “Tahun ini, peratusan keluar mengundi agak memuaskan memandangkan ini adalah kali pertama digunakan iaitu 49 peratus,”katanya.

Beliau berkata, antara kelebihan sistem ialah semua pemilih dan calon dapat melihat peratusan keluar mengundi semasa di skrin utama Paparan Statistik Semasa Mengundi. Masa tamat mengundi adalah pada jam 4 petang, dan setelah itu, paparan statistik peratus mengundi turut di umumkan.

e voting

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin