RnD TALK : AN EXPERIENCE ON UNIVERSITY – INDUSTRY COLLABORATION RESEARCH MATCHING GRANT

Assalamualaikum wrm. wbt

 

SEMUA STAF AKADEMIK
Fakulti Informatik dan Komputeran

Ybrs.Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,

MAKLUMAN AWAL : RnD TALK : AN EXPERIENCE ON UNIVERSITY – INDUSTRY COLLABORATION RESEARCH MATCHING GRANT ANJURAN FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA Kampus Besut, akan mengadakan RnD Talk bertajuk : An Experience On University – Industry Collaboration Research Matching Grant yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mustafa bin Man , Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepertimana ketetapan di bawah :

Tarikh/Hari : 17 Mac 2019 / Ahad
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar FIK, UniSZA Kampus Besut

3. Sehubungan dengan itu, pihak Ybrs.Prof./Dr/Tuan/Puan/Cik adalah dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu dan taklimat ini. Semoga dengan kehadiran pihak Ybrs.Prof./Dr/Tuan/Puan/Cik dapat melancarkan lagi sesi perkongsian ilmu dan taklimat tersebut.

Sekian, untuk makluman awal. Surat jemputan rasmi akan menyusul .