Explorace Kampus Besut

Program Explorace Kampus Besut ini adalah program yang dijalankan selama sehari  pada 1 Mac 2019 bertempat di sekitar UniSZA Kampus Besut. Program ini adalah salah sebuah program yang danjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman E (MKKE).

Antara objektif utama program ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar Unisza Kampus Besut kerana program ini terbuka kepada semua pelajar UniSZA Kampus Besut. Dengan adanya program ini, pelajar dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dapat mengenali lebih rapat dan ramai pelajar-pelajar dari Fakulti Biosumber dan Makanan (FBIM).

Seramai 36 orang peserta yang menyertai program ini . Program ini melibatkan 6 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seramai 6 orang ahli. Program ini mempunyai 6 checkpoint. Dan setiap checkpoint mempunyai permainan dan penalti yang disediakan. Program ini terpaksa dianjakkan sehari awal iaitu 1 Mac 2019 daripada tarikh asal iaitu 2 Mac 2019.  Program ini berlangsung dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang. Program bermula pada jam 5.00 petang untuk sesi pendaftaran peserta. Peserta dilepaskan pada pukul 5.30 petang.  Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada peserta-peserta yang terlibat. Dan sesi bergambar pada 7.00 petang.

Sebagai rumusan, program Explorace Kampus Besut ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharakan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi serta ia mendapat sambutan yang baik oleh peserta. 

explore