Program Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) merupakan program tahunan anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejak tahun 2011. Penganjuran Program Minggu Penyelidikan & Inovasi 2019 (MPI ’19) tahun ini merupakan program kolaborasi antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kolej Universiti TATI(TATIUC). Program MPI’19 adalah program yang memfokuskan pertandingan produk inovasi dalam kalangan penyelidik dan pelajar antara ketiga-tiga institusi, Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), Politeknik dan Kolej Komuniti, serta pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
MPI 2019 telah melabuhkan tirai penganjurannya yang telah diadakan pada 12 hingga 13 Mac 2019 di Dewan Al Mukhtafi Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak. Pada tahun ini, program ini merupakan inisiatif UMT, UnisZA dan TATIUC dalam usaha untuk berkongsi dan menyebarluaskan hasil penyelidikan serta inovasi penyelidik dan pelajar. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan warga UMT, UnisZA dan TATIUC serta masyarakat sekitar terhadap penggalakan inovasi di peringkat nasional.
Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah berjaya meraih 7 pingat emas daripada keseluruhan 24 projek inovasi yang FIK pertaruhkan dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2019. Selain itu, kumpulan penyelidik FIK turut merangkul 7 pingat perak dan 5 pingat gansa dalam pertandingan kali ini. Berikut adalah senarai penerima pingat yang mewakili FIK di Pertandingan MPI 2019:
Bil | Nama | Nama Produk | Pingat |
---|---|---|---|
1 | Dr. Wan Aezwani Binti Wan Abu Bakar Mustafa B Man, Wan Nural Jawahir Bt Hj Wan Yussof, Prof. Madya Dr. Mohamad Afendee Bin Mohamed, Dr. Wan Suryani Binti Wan Awang |
i-MHS : Intelligent Mosquito Home System | EMAS |
2 | Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin | Virtual Lower Limb Rehabilitation for Post-stroke Patients | EMAS |
3 | Dr. Aznida Hayati Zakaria, Dr. Wan Nor Shuhadah Wan Nik, Prof. Madya Dr. Zarina Mohamad, Prof Madya Dr. Mustafa Man, Abdul Azim Azlan |
i-BeeCoM: An Intelligent Bee Colony Monitoring Tool | EMAS |
4 | Prof. Madya Dr. Mustafa Man (UMT), Dr. Wan Aezwani Wan Abu Bakar (UniSZA), Dr. Wan Nural Jawahir Wan Mohd Yusoff (UMT), Mustafa Afenddi Mat Nor (UMT), Mr. Lim Chee Hwa (One Team Network Sdn Bhd) |
AedesApps: Aedes Eggs Auto-Counting Mobile Apps | EMAS |
5 | Dr. Nurnadiah Binti Zamri, Abd. Rasid Bin Mamat, Dr. Hj. Khairi Bin Che Mat, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Binti Ahmad Saany |
Electronic Mental Assessment and Self-Treatment System 2.0 (e-MAST 2.0) | EMAS |
6 | Dr. Siti Sabariah Binti Abas, Nurshahirah Aishah Binti Abd Rahim |
Roadcare Mobile Application | EMAS |
7 | Ts. Dr. Ismahafezi Bin Ismail, Yus Amira Binti Mohd Yusuf, Dr. Suhailan Bin Safei, Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin, Norkhairani Binti Abdul Rawi |
AquaFish VR | EMAS |
8 | Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Binti Ahmad Saany, Prof. Madya Dr. Yousef Abubaker Mohamed Ahmed El-Ebiary, Muhammad Mirza Thaqif Bin Ahmad Amiruddin, Prof. Dr. Mohd Nordin Bin Abdul Rahman, Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi, Dr. Mumtazimah Binti Mohamad |
Muslim Travel : Your Muslim Travel Companion | PERAK |
9 | Dr. Roslan Bin Umar, Nur Zulaikha Binti Mohd Afandi, Dr Nor Hazmin Sabri, Dr. Suhailan Bin Safei, Christian Monstein |
e-Solar : Online Solar Alert System for CALISSTO Spectra | PERAK |
10 | Dr. Mohd Hasrul Bin Shuhari , Prof. Madya Dr. Mohd Safri Bin Ali, Dr. Roslan Bin Umar, Normala Binti Rahim, Dr. Aman Daima Bin Md. Zain |
Permainan Interaktif Dalam Pendidikan Akhlak: MyShakhsiyyah Game | PERAK |
11 | Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Binti Ahmad Saany, Prof. Madya Dr. Normadiah Binti Daud, Prof. Madya Dr. Yousef Abubaker Mohamed Ahmed El-Ebiary, Dr. Mumtazimah Binti Mohamad, Nur Laili Nasuha Binti Khalid, Norlina Binti Udin @ Kamaruddin |
ICareMum's Milk | PERAK |
12 | Prof. Madya Ts. Dr. Mokhairi Bin Makhtar, Mohd Khalid Bin Awang, Dr. Suhailan Bin Safei, Dr. Mumtazimah Binti Mohamad, Prof. Dr. Mohd Nordin Bin Abdul Rahman |
BDA-SME : Big Data Analytics Platform For Small Medium Industries | PERAK |
13 | Dr. Wan Nor Shuhadah Binti Wan Nik, Nur Izzatul Nadia Binti Ghazali |
SWIFT: A Smart Wi-Fi Monitoring Tool | PERAK |
14 | Ts. Dr. Ismahafezi Bin Ismail, Dr. Nur Saadah Binti Mohd Shapri, Muhammad Amirul Shafiq Bin Kadri, Dr. Suhailan Bin Safei, Dr. Zahrahtul Amani Binti Zakaria |
VRMuseum | PERAK |
15 | Dr. Zahrahtul Amani Binti Zakaria, Mohamad Huzaini Mohamad Yusri, Maizan Binti Mat Amin, Dr. Mumtazimah Binti Mohamad |
Tadabbur Al-Quran | GANGSA |
16 | Ts. Dr. Ismahafezi Bin Ismail, Tolahah Bin Muda, Noor Syafiqah Azim Binti Mohd Zainurin, Maizan Binti Mat Amin, Dr. Suhailan Bin Safei |
University Virtual Journey | GANGSA |
17 | Mohd Kamir Bin Yusof , Ahmad Faisal Amri Bin Abidin @ Bharun, Dr. Suhailan Bin Safei, Nur Shuhada Md Rusli |
Automation Baby Kicking for Pregnancy | GANGSA |
18 | Prof. Ir. Ts. Dr.R.Badlishah Bin Ahmad, Pm Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah, Dr. Azrul Amri Jamal, Dr. Fathurrahman Bin Lananan, Pm Dr. Mohd Hafiz Yusoff, Dr. Zarina Mohamad |
iFarms: Livestock monitoring using RFID | GANGSA |
19 | Dr. Wan Mohd Amir Fazamin Bin Wan Hamzah, Ts. Dr. Ismahafezi Bin Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz B. Yusoff @ Che Abdullah, Sayed Yusoff Bin Syed Hussain, Fadhilah Binti Abdul Rauf |
Interactive Learning Assistant (Ila) | GANGSA |
Penganjuran MPI 2019 bertemakan “Peradaban Insan Melalui Kelestarian Penyelidikan dan Inovasi” menjadi medan kepada para penyelidik untuk mengetengahkan idea-idea dan hasil inovasi yang bermanfaat untuk kesejahteraan semua lapisan masyarakat.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad mengucapkan tahniah dan syabas kepada penyelidik-penyelidik dari UniSZA, UMT, TATiUC dan tidak ketinggalan pelapis muda dari politeknik, Kolej Komuniti serta pelajar sekolah Rendah dan Menengan yang sentiasa menghasilkan produk yang inovatif serta berusaha mencungkil idea-idea baharu dalam meletakkan UniSZA sebagai gedung ilmu yang menjadi rujukan masyarakat.