LAWATAN DELEGASI MESRA MAHASISWA/I KE UTEM & WAHDAH TECHNOLOGIES SDN BHD

Program Lawatan Delegasi Mesra Mahasiswa/i ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Syarikat Wahdah Technologies Sdn Bhd ini adalah program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu pada 21- 23 Mac 2019 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Syarikat Wahdah Technologies Sdn Bhd. Program ini adalah salah sebuah program yang danjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama kelab CoDEx dan RoboPRO.

Antara objektif utama program ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan pengurusan organisasi dan memperkasa jalinan kerjasama antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK), UniSZA bersama dan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FICTS), UTeM. Selain itu, membentuk ‘soft skills’ yang akan menjana kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran dari segi komunikasi dan “interpersonal” apabila berhadapan dengan mahasiswa/i FIK. Seterusnya, memberi gambaran kepada mahasiswa/i tentang suasana di alam pekerjaan kelak.

Seramai 28 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada 20 orang PMFIK, 4 orang CodEx dan 4 orang RoboPro.

Sebagai rumusan, program Lawatan Delegasi Mesra Mahasiswa/i ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Syarikat Wahdah Technologies Sdn Bhd ini telah dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa/i serta ia mendapat sambutan yang sangat baik oleh peserta.

lawatan