JEMPUTAN KE RnD TALK ANJURAN FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

Assalamualaikum,,

SEMUA STAF AKADEMIK
Fakulti Informatik dan Komputeran

Ybrs.Prof./Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN AWAL : JEMPUTAN KE RnD TALK ANJURAN FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) akan mengadakan RnD Talk yang akan disampaikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad sepertimana ketetapan di bawah :

Tarikh/Hari: 28 April 2019 / Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Seminar FIK UniSZA Kampus Besut

3. Sehubungan dengan itu,Ybrs.Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik adalah dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian maklumat ini. Segala kerjasama dan kehadiran Ybrs.Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Ilmu dan Akhlak

Saya yang menjalankan amanah,

____________
PROF. MADYA TS. DR. SYADIAH NOR BINTI WAN SHAMSUDDIN