Bengkel Penulisan Laporan FYP, Taklimat Latihan Industri & Bengkel Penulisan Resume

11 April 2019 - Satu program telah berjaya dianjurkan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) yang telah mengumpulkan semua pelajar tahun akhir, program ijazah Sarjana Muda di FIK iaitu Bengkel Penulisan Laporan FYP, Taklimat Latihan Industri & Bengkel Penulisan Resume. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi penerangan secara terperinci mengenai Latihan Industri, Cara Penulisan Laporan Projek Tahun Akhir (FYP) yang betul, serta Format dan Cara Persembahan Portfolio atau Resume yang terbaik.

Antara fasilitator yang terlibat adalah Ketua Pusat Pengajian Sains komputer, Ts. Dr. Ismahafezi Ismail, Penyelaras Program Sains Komputer, Pn. Nor Surayati Mohamad Usop, Ketua Pusat Pengajian Multimedia, Pn. Maizan Mat Amin, Penyelaras Teknologi Maklumat, Pn. Norlina Udin@Kamaruddin, Penyelaras Data & Latihan Industri di FIK, Dr. Azim Zaliha Abdul Aziz , Penyelaras Program Multimedia, En. Mat Atar Mat Amin, serta fasilitator yang dijemput khas bagi memberi penerangan tentang Penulisan Resume adalah En. Tolahah Muda, pensyarah FIK. Semoga program ini dapat memberi banyak manfaat yang akan diaplikasikan sebaik mungkin oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda yang sedang berada pada tahun akhir di FIK.

56706254 2513819922178223 8539602278280069120 o