PROGRAM RnD TALK BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR UNISZA ( PENYELIDIKAN & INOVASI)

Pada 12 Mei 2019, Fakulti Informatik dan Komputeran telah mengadakan satu Program RnD Talk bersama Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA. Program yang berlangsung di Dewan Auditorium, Blok Akademik UniSZA Kampus Gong Badak ini mengambil masa selama lebih kurang dua jam.

Program RnD Talk bertajuk My Academic Journey To The Top yang telah berlangsung ini diadakan adalah bertujuan untuk mendengar amanat dan perkongsian terakhir daripada mantan Timbalan Naib Canselor UniSZA (Penyelidikan & Inovasi) ini ekoran daripada pelantikan beliau sebagai Naib Canselor Ketiga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkuatkuasa pada 15 Mei 2019.

Program ini turut dihadiri oleh Dekan FIK, Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin, Dekan FBIM, Prof. Madya Dr. Khamsah Suryati Binti Mohd, Dekan FSK, Prof. Dr. Sakinah Binti Harith, Pengarah RMIC, Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Bahri Bin Mohamed, barisan pensyarah FIK dan juga pensyarah dari fakulti lain. Di samping itu juga, antara pengisian program ini juga berlangsungnya sesi perkongian perjalanan hidup Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) di UniSZA yang boleh dijadikan sebagai sumber pembakar semangat dan pedoman buat warga UniSZA yang lain terutamanya dalam menggalas tanggungjawab masing-masing.

Dikesempatan ini juga pihak fakulti turut menyampaikan cenderamata kepada Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad sebagai kenangan daripada warga FIK. Pertukaran beliau ke UniMAP sebagai satu kehilangan yang besar buat warga UniSZA. Dikesempatan ini, ribuan terima kasih diucapkan atas sumbangan dan jasa beliau terhadap FIK dan juga UniSZA serta sekalung tahniah diucapkan kepada Mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA ini diatas pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UniMAP yang ketiga.

WhatsApp Image 2019 05 12 at 2.21.41 PM

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin