Previous Next

PROGRAM BUBUR LAMBUK 2019

16 Mei 2019 - Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut telah menyertai Projek Bubur Lambuk dengan komuniti penduduk kampung Pengkalan Kubur, Gerda Mas dan Benting Lintang. Program komuniti ini adalah anjuran Hasriff Ice Sdn.Bhd yang julung kali diadakan bersama komuniti.

Program ini telah bermula jam 10.00 pagi. Sukarelawan telah berkumpul di rumah penduduk yang senang dikenali dengan panggilan "Mok Nik". Penglibatan daripada staf FIK dan Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) bersama 20 orang pelajar FIK bersama lebih kurang 20 orang penduduk sekitar Mukim Tembila.

Sebanyak 4 kawah bubur lambuk atau lebih kurang 500 bekas telah disediakan untuk dibahagi-bahagikan kepada staf UniSZA dan penduduk sekitar. Selain turut diedarkan juga kepada pemandu-pemandu di sepanjang jalan Tembila - Terengganu. Berkongsi rezeki untuk berbuka.

FIK berharap program komuniti ini akan diadakan saban tahun bagi mengeratkan lagi hubungan antara institusi bersama komuniti setempat.

WhatsApp Image 2019 05 17 at 15.25.25 WhatsApp Image 2019 05 17 at 15.25.00

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin