Previous Next

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI (FIK) “MENYANTUNI ALAM DAN KOMUNITI”

5 Oktober 2019 (Satu) – Program Khidmat Komuniti ini telah diadakan di Perkampungan Pulau Perhentian Besut, Terengganu, pelajar yang terlibat adalah seramai 21 orang pelajar ISM turut bersama 13 kakitangan akademik Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dan juga penglibatan penduduk kampung seramai 100 orang.

Program yang telah berlangsung ini merupakan suatu program komuniti berbentuk khidmat masyarakat bersama komuniti. Antara aktiviti gotong-royong membersih kawasan pantai bersama penduduk setempat, menziarah keluarga yang kurang bernasib baik serta menyampaikan sumbangan.

Program ini diadakan sehari di kampung Pulau Perhentian yang mana penglibatan masyarakat setempat dan pihak Universiti sudah terjalin lama, pelajar didedahkan supaya mengenali masyarakat pulau yang mana mereka ini hidup mencari rezeki hanya dengan menjadi nelayan dan berkerja di resort yang terdapat disepanjang pulau tersebut.

IMG 20191006 WA0020