Previous Next

TEAM BUILDING FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK) 2019

17 – 19 Oktober 2019 - Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan Team Building melibatkan kakitangan FIK dan Kakitangan Akademik yang telah diadakan di Kem Merang, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Merang Setiu, Terengganu.

Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam, antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking bagi mengenali dengan lebih rapat lagi sesama kakitangan. Aktiviti lebih kepada kerja kumpulan yang mana peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pengerakkan semasa aktiviti, program ini juga telah menjemput beberapa pengkuliah bagi mengisi ruang semasa waktu solat sepanjang program berjalan. Peserta juga didedahkan dengan aktiviti outdoor seperti treasure hunt, water confident dan kayak.

Tujuan utama Program ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan dalam kerja berpasukan atau teamwork, program ini dilaksanakan bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain dan juga dapat berkongsi pengalaman antara peserta.

Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin iaitu Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) Kampus Besut.

DSC 4107