Previous Next

Majlis Anugerah Cemerlang 2019

Majlis Anugerah Cemerlang ini merupakan majlis rutin tahunan bagi Fakulti Informatik dan Komputeran yang dianjurkan oleh pihak fakulti sendiri. Majlis ini melibatkan seluruh mahasiswa/wi, pensyarah dan kakitangan Fakulti Imformatik dan Komputeran. Ianya berlangsung pada 14 November 2019 (Khamis) yang bertempat di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran.

Majlis ini, bertujuan bagi meraikan kepada semua Mahasiswa/i dan Pensyarah yang memperoleh keputusan yang terbaik didalam akademik mahupun kokurikulum dan ianya juga adalah sebagai tanda penghargaan yang diberikan oleh pihak fakulti kepada mereka yang telah membanggakan fakulti dan Universiti. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Dekan Sesi I dan II sesi 2018/2019, Anugerah Usaha Siswa/i, Anugerah Siswa/i Mithali, Anugerah Pelajar Terbaik Program Sem I dan II dan Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti. Terdapat juga anugerah untuk pensyarah dan staf sokongan iaitu Anugerah Staf Sokongan Terbaik, Anugerah Penyelidikan, dan Anugerah Penerbitan.

Bagi Anugerah Usaha Siswa/i dianugerahkan kepada Muhammad Amirul Shafiq Kadri. Anugerah Siswa/i Mithali pula dianugerahkan kepada Noor Syafiqah Azim Binti Mohd Zainurin. Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Sesi I pula dinotbatkan kepada Nur Azzizatul Aisyah Binti Nor Azizi dari ISM SK Pembangunan Perisian dan Sesi II pula ialah Noor Syafiqah Azim Binti Mohd Zainurin. Bagi Anugerah Staf Sokongan Terbaik dinobatkan kepada Nurul Liana Binti Mohamad Yusof. Anugerah Penyelidikan pula dianugerahkan kepada Dr Wan Aezwani Binti Wan Abu Bakar. Bagi Anugerah Penerbitan dinobatkan kepada Prof Dr Mustafa Binti Mamat.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

WhatsApp Image 2019 11 19 at 12.15.19

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3333

  • dummy 09-699 3215

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 09/12/2019 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin