Bengkel Videography 1.0

Bengkel Videography 1.0 adalah program yang dijalankan selama 1 hari pada 6 Disember 2019 bertempat di Makmal Multimedia 2, UniSZA Kampus Besut. Bengkel ini dianjurkan oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sebagai salah satu bengkel yang sentiasa dianjurkan dalam setiap semester. Antara objektif utama bengkel ini ialah menarik minat mahasiswa/i untuk menceburi kemahiran yang berguna dan boleh dijadikan pendapatan sampingan. Selain itu, bengkel ini juga mampu memaksimakan kemahiran videografi ke tahap yang lebih tinggi. Seramai 15 pelajar dan 3 orang peserta dari luar. Bengkel ini disampaikan oleh saudara Muhammad Azrull Haziq Bin Azman Shah yang merupakan pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran.

Terdapat 2 slot di dalam bengkel ini. Slot 1 (”What’s need in videography, how to shoot and edit“) bermula pada jam 0900 hingga jam1300, ia menekankan pengetahuan apa yang perlu di dalam bidang videografi dan juga cara mengambil video dengan betul. Seterusya, slot 2 (Be creative and trust your imagination) bermula pada jam 1430 hingga jam 1700, memberi peluang kepada peserta bengkel ini untuk menimplikasikan hasil pembelajaran pada bengkel ini dengan mengambil video-video sendiri di sekitar fakulti dan mengedit video dengan menggunakan pengetahuan yang dipelajari pada slot 1 tadi. Setiap peserta perlu menghasilkan satu video pendek untuk mencapai hasil pembelajaran pada bengkel ini. Bengkel ini telah mendapat maklum balas yang baik dikalangan peserta dan orang luar.

v1

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin