ANDROID STUDIO WORKSHOP SIRI I

Program Android Studio Workshop Siri I ini adalah program yang dijalankan selama dua hari pada 6 hingga 7 Disember 2019 bertempat di Makmal Blok D, Fakulti Informatik Dan Komputeran. Program ini adalah salah sebuah program yang danjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) pada tahun ini.

Antara objektif utama program ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan Android Studio ini kerana tidak semua mahasiswa/i yang mahir menggunakan perisisan ini .Terdapat peserta yang menyertai program ini tidak pernah menggunakan perisian ini kerana mereka lebih gemar menggunakan perisian lain seperti ionic framework. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar tahun akhir dalam membina sebuah aplikasi telefon pintar untuk menyiapkan projek tahun akhir mereka.

Seramai 10 orang peserta yang menyertai program ini. Program bermula pada jam 9.00 pagi untuk sesi pendaftaran peserta sehingga 4.30 petang. Peserta didedahkan dengan cara untuk membuat ‘CRUD’ iaitu ‘create’, ‘retrieve’, ‘update’ dan ‘delete’. Selain itu, peserta diajar untuk memasukkan data ke dalam database. Peserta juga didedahkan dengan cara untuk desain sesuatu sistem dengan lebih menarik. Selain berkaitan dengan Android Studio, tenaga pengajar turut membantu peserta yang mempunyai masalah dalam meng’install’ perisian yang digunakan dan memberi sedikit tips jika berlaku masalah atau ‘error’ dalam melakukan coding. Tenaga pengajar juga memberi tips jika ingin menggunakan android studio seperti menambah solid state drive (SSD) dan Random Access Memory (RAM), ini kerana perisian yang digunakan sangat besar dan mampu membuat laptop menjadi perlahan dan akan menjejaskan prestasi laptop yang digunakan.

Sebagai rumusan, Program Android Studio Workshop Siri I ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharakan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

android

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin