AUGMENTED & VIRTUAL REALITY WORKSHOP 1.0

Pada 13 dan 14 Disember 2019, Augmented & Virtual Reality Workshop 1.0 telah berlangsung selama dua hari di Makmal Realiti Maya, UniSZA Digital Hub. Bengkel ini dianjurkan oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar tahun 1 yang ingin menceburi bidang multimedia dan juga membantu pelajar tahun akhir bagi Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) yang mengambil “Final Year Project”. Antara objektif utama program ialah memantapkan pengetahuan mengenai AR dan VR dikalangan mahasiswa/i dan juga mengasah kemahiran mahasiswa/i yang mengambil projek tahun akhir. Seterusnya, untuk menanamkan dalam diri mahasiswa/i perasaan ingin meneroka pelbagai ilmu dan kemahiran di dalam bidang multimedia. Encik Mohd Amir Idzham Bin Iberahim merupakan tenaga pengajar bagi bengkel Augmented & Virtual Reality. Beliau juga merupakan bekas pelajar Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan sekarang sedang menyambung pengajian PHD di Universiti Sultan Zainal Abidin.

Bengkel ini bermula dengan slot 1 iaitu “Initial Setup(Unity3D + Vuforia + Android SDK)” berkenaan dengan proses pertama dalam pembuatan AR pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Slot 2 pula menekankan “Basic Unity 3D dan  Vuforia  AR part 1” berkenaan dengan pengenalan kepada Basic Unity 3D dan juga Vuforia pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Pada hari keesokan, slot 3 iaitu “Vuforia part 2” bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Makan dan rehat pada pukul 1.00 petang hingga 2.30 petang. Akhir sekali, slot 4 iaitu “Export to Mobile” bermula pada jam 2:30 petang 4:30 petang. Penutup bengkel dan acara penyampaian hadiah ini bermula pada pukul 4.30 sehingga 5.00 petang.

ar

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin