BENGKEL PHOTOGRAPHY SIRI 1 2020

Program Bengkel Photography Siri 1 2020 ini adalah program yang dijalankan selama satu hari pada 29 Februari 2020 bertempat di Makmal Multimedia 2, Studio Fotografi, dan Dataran FIK, UniSZA Kampus Besut. Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Exco Penerangan dan Publisiti Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) Sesi 19/20.

Antara objektif utama program ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan seni photography ini kerana tidak semua mahasiswa/i mahir dalam bidang ini. Kebanyakan mahasiswa/i meminati bidang ini, namun tidak semua diberi pendedahan tentang cara mengaplikasikannya dengan betul. Jadi dengan program seperti ini, sedikit sebanyak dapat membantu peserta mendalamai bidang ini. Seramai 8 orang pelajar yang menyertai program ini. Tenaga pengajar bagi program ini ialah saudara Muhammad Nur Afiq bin Azhar yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) semester 2.

Terdapat tiga slot dalam program ini. Slot 1 (Introduction to Basic Photography) bermula pada jam 0930 hingga 1100, memberikan pendedahan tentang seni photography dan kepentingannya. Slot 2 (Outdoor) bermula pada jam 1130 hingga 1300, menekankan tentang cara pengambilan gambar di luar atau outdoor. Slot 3 (Studio) bermula pada jam 1400 hingga 1530 menekankan tentang cara pengambilan gambar di dalam studio.

Sebagai rumusan, program Bengkel Photography Siri 1 2020 ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

bengkel1bengkel2

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin