BENGKEL WEB PROGRAMMING SIRI I 2020

Program Bengkel Web Programming Siri I 2020 ini adalah program yang dijalankan selama  satu hari pada 29 Februari bertempat di Makmal Teknologi Maklumat 2, Fakulti Informatik Dan Komputeran. Program ini adalah salah sebuah program yang danjurkan oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 19/20.

Antara objektif utama program ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan web programming ini kerana tidak semua mahasiswa/i mahir dalam bidang ini. Ini kerana terdapat peserta yang tidak pernah mencuba untuk mengaplikasikan web programming ini. Selain itu, program ini juga dapat membantu pelajar dalam menyiapkan projek tahun akhir mereka. Seramai 13 orang pelajar yang menyertai program ini. Tenaga pengajar bagi program ini ialah Encik Ahmad Aiman Bin Shallahudin yang merupakan mahasiswa Sarjana Sains (Rangkaian Sensor Tanpa Wayar).

Terdapat tiga slot dalam program ini. Slot 1 (Introduction and Installation - Configuration) bermula pada jam 0930 hingga 1100, menekankan tentang cara meng’install’ dan menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam web programming ini . Slot 2 (Basic Routing) bermula pada jam 1130 hingga 1300, menekankan kepada fungsi-fungsi yang lebih biasa digunakan dal lebih mendalam. Slot 3 (Merging Template in Laravel) bermula pada jam 1400 hingga 1630 dimana menunjukkan cara mengaplikasikannya.

Sebagai rumusan, program Bengkel Web Programming Siri 1 2020 ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

bengkel3bengkel4

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin