BENGKEL BASIC JAVA SIRI 1 2020

Program Bengkel Basic Java Siri 1 2020 ini adalah program yang dijalankan selama satu hari pada 29 Februari 2020 bertempat di Makmal Teknologi Maklumat 1, FIK, UniSZA Kampus Besut. Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) Sesi 19/20.

Antara objektif utama program ialah memperkasakan asas-asas pengetahuan bahasa pengaturcaraan Java dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, menyedarkan mahasiswa/i akan kepentingan bahasa pengaturcaraan dalam bidang sains komputer. Seramai 6 orang pelajar yang menyertai program ini. Program ini disampaikan oleh saudari Nurfarahin Farzana Binti Yusmali Isman yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) Semester 4.

Terdapat tiga slot dalam program ini. Slot 1 (Introduction to Basic Java) bermula pada jam 0930 hingga 1100, menekankan maksud setiap perkataan yang digunakan di dalam java. Slot 2 (Advance Java) bermula pada jam 1130 hingga 1300, menekankan kepada fungsi-fungsi yang lebih mendalam. Slot 3 (Tutorial Java) bermula pada jam 1400 hingga 1530 dimana menunjukkan cara mengaplikasi java.

Sebagai rumusan, program Bengkel Basic Java Siri 1 2020 ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

bengkel5bengkel6