PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN FIK 2020

Buat pertama kalinya Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) telah menganjurkan program sukan antara kos iaitu Karnival Sukan FIK 2020 yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2020. Program ini dijalankan selama dua hari iaitu pada hari khamis dan jumaat. Karnival sukan ini dianjurkan bertujuan untuk mengasah bakat dan memupuk semangat mahasiswa/I FIK dalam bidang kesukanan.

Sebanyak lima acara sukan yang dipertandingkan iaitu sukan futsal, bola jaring, badminton, pingpong dan catur. Sukan futsal, catur dan bola jaring dijalankan pada hari khamis, manakala sukan badminton dan pingpong dijalankan pada hari jumaat. Penyampaian hadiah pemenang untuk acara futsal, bola jaring dan catur dijalankan pada hari khamis manakala untuk acara badminton dan pingpong dijalankan pada hari jumaat. Majlis penutup dijalankan pada hari jumaat jam 5.00 petang dengan penyampaian hadiah bagi juara keseluruhan jatuh kepada kos Komputeran Internet yang meraih 2 pingat emas dan 3 pingat perak.

Secara keseluruhannya program Karnival Sukan FIK edisi pertama ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya serta mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan mahasiswa/i FIK. Tinggi harapan PMFIK ingin melihat mahasiswa/i FIK dapat menyerlahkan potensi mereka dalam bidang kesukanan dan mampu mewakili UniSZA di pentas tertinggi sekaligus mebanggakan fakulti. Semoga program bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh daripada pihak fakulti.

sukan1sukan2sukan3