ENTREPRENEUR DAY

Entrepreneur Day merupakan satu hari yang dibuat khas oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) untuk membantu para pelajar yang ingin dan sudah memulakan perniagaan. Program ini telah dijalankan pada 3 Mac 2020 melibatkan 11 buah gerai, setiap gerai dengan produk yang unik, berlainan dan menarik.

Program ini akan diadakan selama 1 pada setiap minggu sahaja bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Program dimulakan dengan sesi persediaan dan penghiasan gerai. Program diteruskan lagi dengan sesi jual beli. Waktu rehat (1 ptg - 2 ptg) merupakan waktu setiap gerai mendapat sambutan hangat. Di akhir program, semua peniaga dikehendaki untuk mengemas dan membersihkan tapak jualan masing-masing.

Sebagai rumusan, program Entrepreneur Day ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif pelaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi serta ia mendapat sambutan yang baik oleh peserta.

entreprenuer1entreprenuer2entreprenuer3entreprenuer4