SPEAKER CORNER FIK’S ENGLISH DAY

SELASA, 3 MAC 2020 – Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bagi sesi 2019/2020 secara rasminya telah menganjurkan Speaker Corner FIK bersempena program English Day yang akan berlangsung secara berkala setiap hari Selasa bertempat di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran. Program Speaker Corner FIK buat kali pertama telah berlangsung pada 3 Mac 2020 bersamaan hari Selasa dan bermula pada jam 10.30 pagi. Tambahan pula, Speaker Corner FIK juga berlangsung pada hari yang sama dengan program FIK Entreprenuer Day dimana gabungan kedua-dua program ini telah mendapat sambutan yang sangat ramai dalam kalangan mahasiswa/i dan secara tidak langsung dapat memeriahkan suasana dan memenuhi ruang fakulti.

Program Speaker Corner pada minggu ini telah menjemput dua orang pengucap daripada program Diploma Teknologi Maklumat Mutimedia iaitu saudara Mohd Nur Alif Bin Abdul Jalal dan saudari Nurul Farhana Binti Sulleh. Tajuk yang difokuskan oleh kedua-dua pengucap adalah mengenai kesilapan para pelajar dalam menguruskan tugasan video. Antara isi yang dibahaskan melalui tajuk ini termasuklah cara melihat lensa serta penggunaan kamera yang salah, latar belakang yang terganggu, cara mengimplikasikan AVL (Audio, Video, Lighting), faktor tenaga yang lemah dan cara penggunaan teknik gerakan tangan. Tajuk yang dikupaskan ini sangat berkait rapat dengan pengetahuan akademik mahasiswa/i dalam menitikberatkan kualiti dan penghasilan tugasan yang cemerlang.

Sehubungan dengan itu, dalam mencapai objektif program, acara pertama yang telah diadakan ini disifatkan sebagai bermanfaat kepada mahasiswa/i dalam mencungkil bakat untuk pengucapan awam dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. 

speaker1speaker2speaker3speaker4