MAJLIS MAKAN MALAM

Khamis 30 Januari 2020 bertempat di  TH Hotel & Convention Centre Terengganu

Satu majlis makan malam dan perbincangan bersama Pengurusan Fakulti Informatik dan Komputeran dan Dekan beserta Timbalan Dekan Fakultas Ilmu Komputer , Universitas Sriwijaya, Sumatera Selatan. Indonesia.

Perbincangan berkisar hal berkaitan mobiliti pelajar dan pertukaran staf. Di majlis ini juga, potensi peluang untuk berkolaborasi bersama FIK dan Fakultas Ilmu Komputer juga diutarakan agar hubungan yang lebih rapat dapat dijalinkan. Fakultas Ilmu Wahyu yang diwakili oleh Bapak Dekan Mgs. Afriyan Firdaus banyak memberi input yang diharapkan dapat mengeratkan hubungan 2 universiti ini.

Untuk makluman, Universitas Sriwijaya mempunyai 36 ribu orang pelajar berdaftar manakala Fakultas Ilmu Wahyu mempunyai 2, 400 jumlah pelajar di Fakulti tersebut. FIK berharap agar perbincangan dua hala ini dapat menjadi inisiatif yang signifikan dan dapat direalisasikan untuk manafaat bersama.

makanmalam1

makanmalam2