(COVID-19) PERHATIAN! PENTING & SEGERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga UniSZA.

JK Task Force Covid-19 UniSZA telah membangunkan COVID-19 Health Risk Assessment and Self Evaluation (CHaSe) System bagi tujuan pengesanan dan pemantauan kendiri warga UniSZA berkaitan penyakit ini.

Sehubungan itu, semua warga UniSZA adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi maklumat di sistem ini SETIAP HARI bagi memudahkan JK Task Force Covid-19 memantau tahap kesihatan warga UniSZA sebelum tamat Perintah Kawalan Pergerakan pada 14 April 2020. Ini adalah bertujuan meminimumkan risiko penularan wabak COVID-19.

Sistem ini boleh dicapai di alamat https://chase.unisza.edu.my . Id Pengguna (emel UniSZA) dan kata laluan adalah sama seperti capaian ke Portal Staf / Portal Pelajar UniSZA.

Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin