ASEAN UNIVERSITY E-SPORT CHALLENGE 2020

Sebuah program peringkat antarabangsa telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Kelab eSport UniSZA iaitu ASEAN University E- Sport Challenge 2020 yang berlangsung pada 5 dan 6 Ogos 2020. Program ini melibatkan 3 buah universiti jemputan iaitu sebuah universiti daripada Brunei dan dua daripada Indonesia. Program ini dijalankan selama dua hari iaitu pada hari rabu dan khamis secara atas talian. Program esukan ini dianjurkan bertujuan untuk mengasah bakat mahasiswa dalam bidang esukan disamping memupuk semangat persaudaraan serumpun antara mahasiswa/i ketiga-tiga buah negara ASEAN.

Dua permainan dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Mobile Legend Bang Bang dan Call of Duty Mobile (CODM). Seramai 96 peserta yang terdiri daripada mahasiswa UniSZA dan universiti jemputan. Perlawanan CODM diadakan pada hari rabu bermula 2 tengahari sehingga 10 malam secara liga. Pasukan daripada Universiti Pembangunan Nasional (Veteran) Jakarta mengungguli tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga didominasi oleh pasukan daripada UniSZA. Perlawanan Mobile Legend Bang Bang berlangsung dengan sengit dengan penyertaan daripada pasukan terkuat universiti masing-masing. Perlawanan Mobile Legend diadakan selama dua hari iaitu rabu dan khamis dengan perlawanan Grand Final diadakan secara live streaming di facebook PMFIK. Pasukan daripada UPNVJ Indonesia telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan pasukan SZA Panthera daripada UniSZA ditempat kedua dan diikuti pasukan daripada Indonesia di tempat ketiga.

Secara keseluruhannya program ASEAN University E-Sport Challenge 2020 berjalan dengan sangat lancar dan jayanya dan mendapat sambutan yang hebat daripada mahasiswa UniSZA dan universiti jemputan. Tinggi harapan PMFIK ingin melihat mahasiswa/i UniSZA dapat menyerlahkan potensi mereka dalam bidang esukan dan mampu mewakili UniSZA di pentas tertinggi sekaligus mebanggakan semua warga UniSZA. Semoga program bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

esport