PERJUMPAAN MEJA BULAT FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK) BERSAMA PENASIHAT LUAR

5 Mac 2020 (Khamis) – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan Perjumpaan Meja Bulat bersama Penasihat Luar untuk membantu fakulti dalam semakan semula dan penambahbaikan program pengajian di FIK. Program ini telah berlansung pada 5 Mac 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Seminar Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM), UniSZA Kampus Gong Badak.

Program yang terlibat ialah program Sarjana Teknologi Maklumat (Informatik Pengurusan), SM Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian dan SM Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian. Penasihat luar terdiri daripada wakil akademik iaitu Pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud, dan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Abdul Samad Haji Ismail. Manakala penasihat luar wakil industri terdiri daripada En. Yahaya al-Haq dari syarikat Mysoftcare Solution Sdn Bhd dan Puan Nor'Azuwa Muhammad Pahri daripada ASK Pentest Sdn Bhd. En. Muhamad Anas Misbahudin dan Ts. Azran Bin Ahmad merupakan penasihat luar wakil alumni.

Objektif utama untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan panduan daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang bagi setiap program pengajian untuk membantu pihak fakulti dalam menambah baik struktur kurikulum secara menyeluruh serta mengukuhkan lagi strategi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,memastikan kursus-kursus yang disemak memenuhi standard program sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin