BENGKEL PERANCANGAN TAKWIM FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK)

5 Februari 2020 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan Bengkel Perancangan Takwim kepada semua Staf Akademik bagi perancangan tahun 2020.

Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama FIK bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, Antara pengisian bengkel adalah perancangan aktiviti mengikut tiga (3) struktur utama di fakulti iaitu Akademik, Penyelidikan & Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti di fakulti sepanjang tahun 2020 berpandukan sasaran kerja yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Universiti.

Ianya juga bertujuan untuk mendapatkan input serta pandangan dari kakitangan FIK bagi memperkasakan aktiviti di fakulti supaya lebih cemerlang dan sentiasa terkehadapan bagi menghadapi cabaran dan wawasan 2020.