MAJLIS HI-TEA SEMPENA MERAIKAN PERSARAAN STAF FIK

Pada 12 Februari 2020 Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan satu majlis bagi menghargai jasa staf Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) yang telah diadakan di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak, Dua orang staf yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan di UniSZA iaitu En Mohd Isa bin Awang dan En Zaami bin Mohamad yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dengan UniSZA. Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini dengan UniSZA menjadi kekuatan dan tunggak kepada Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) amnya dan UNiSZA khasnya.

Seluruh warga FIK mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada En Mohd Isa bin Awang dan En Zaami bin Mohamad dengan iringan doa semoga mereka berdua sihat sejahtera dibawah payung rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.