MAJLIS MAKAN MALAM UNITAS

Khamis 30 Januari 2020 bertempat di TH Hotel & Convention Centre Terengganu, Gong Badak, Terengganu. Satu majlis makan malam dan perbincangan bersama Pengurusan Fakulti Informatik dan Komputeran dan Dekan beserta Timbalan Dekan Fakultas Ilmu Komputer, Universitas Sriwijaya, (UNSRI) Sumatera Selatan. Indonesia.

Perbincangan adalah dalam bentuk kerjasama yang akan diadakan diantara dua universiti tersebut,

Perbincangan berkisar hal berkaitan mobiliti pelajar dan pertukaran staf. Di majlis ini juga, potensi peluang untuk berkolaborasi bersama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dan Fakultas Ilmu Komputer juga diutarakan agar hubungan yang lebih rapat dapat dijalinkan. Fakultas Ilmu Wahyu yang diwakili oleh Bapak Dekan Mgs. Afriyan Firdaus banyak memberi input yang diharapkan dapat mengeratkan hubungan 2 universiti ini.

Untuk makluman, Universitas Sriwijaya mempunyai 36 ribu orang pelajar berdaftar manakala Fakultas Ilmu Wahyu mempunyai 2, 400 jumlah pelajar di Fakulti tersebut. FIK berharap agar perbincangan dua hala ini dapat menjadi inisiatif yang signifikan dan dapat direalisasikan untuk manafaat bersama.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin