Print

Background

 

Fakulti Informatik dan Komputeran secara rasminya telah diluluskan penubuhannya pada Jun 2006 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Fakulti ini ditubuhkan dengan menaiktaraf Pusat Teknologi Maklumat, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pusat Teknologi Maklumat ini ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1997. Beberapa program akademik berkaitan dengan bidang ICT telah dijalankan pada ketika itu meliputi:

  1. Diploma Teknologi Maklumat
  2. Diploma Teknologi Maklumat [Multimedia]
  3. Sijil Teknologi Maklumat
  4. Sijil Teknologi Multimedia
  5. Sijil Pengaturcaraan Komputer
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kerjasama dengan Universiti Malaya)
  7. Ijazah Sarjana Muda Sains Sistem Maklumat Perniagaan (Kerjasama dengan University of East London)

Fakulti Informatik dan Komputeran kini diterajui oleh seorang Dekan dengan dibantu oleh tiga orang Timbalan Dekan dan tiga orang Ketua Pusat Pengajian. Terdapat tiga pusat pengajian di Fakulti Informatik dan Komputeran yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Multimedia. Aktiviti teras fakulti terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat. Fakulti mempunyai seramai 50 orang pensyarah, 10 orang penolong pensyarah, seorang pengajar dan 12 orang kakitangan sokongan.

Pada masa ini, Fakulti Informatik dan Komputeran menawarkan tujuh program akademik berkaitan dengan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT):

Peringkat  Kategori No. MQA

Diploma

i. Diploma Teknologi Maklumat

ii. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)

10366

10368

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian

ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputer dan Internet) Dengan Kepujian

iv. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) Dengan Kepujian

11180

0516

PA2934

 

PhD dan Sarjana

i. Doktor Falsafah

ii. Sarjana Sains Komputer

FA5576

FA5575