WEBINAR MAHASISWA ERA NORMA BAHARU

Pada 05 Disember 2020 bersamaan 19 Rabiulakhir 1442H telah berlangsungnya satu  program secara atas talian iaitu program ‘Webinar Mahasiswa Era Norma Baharu’ yang melibatkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (PMFIK) dan dikhususkan kepada para mahasiswa tahun pertama serta semua mahasiswa UniSZA. Program ini dijalankan secara atas talian yang menggunakan medium Facebook Live (PMFIK) dan perbincangan program ini telah dimeriahkan dengan jemputan Ustaz Muhammad Syakirin Bin Yuslan.

Antara intipati yang diperoleh daripada program ini ialah perbincangan beberapa permasalahan antara mahasiswa yang turut terkesan dengan perubahan era norma baharu.

Secara keseluruhannya program ‘Webinar Mahasiswa Era Norma Baharu’ berjalan dengan sangat lancar dan jayanya serta dapat memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat.Seterusnya, tinggi harapan PMFIK ingin melihat mahasiswa/i UniSZA menggunakan segala intipati daripada program ini untuk menjadi mahasiswa supaya kekal positif dan bersemangat untuk terus belajar ketika era norma baharu ini serta masa akan datang. PMFIK juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Timbalan Naib Censelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) kerana memberi kepercayaan dan meluluskan program ini dengan dana perbelanjaan sebanyak RM200 yang mana dapat menampung segala perbelanjaan sepanjang program ini dijalankan. Semoga program ‘Webinar Mahasiswa Era Norma Baharu’ bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

1

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-819 3200

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 05/01/2026 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin