HERO KOMUNITI: UNISZA CAKNA

Program Hero Komuniti : UniSZA Cakna (Kluster Keusahawanan dalam bidang Pengkhususan Pendigitalan Pemasaran) telah diadakan dalam tempoh beberapa hari bermula 28 Disember 2020 sehingga 31 Disember 2020. Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Ianya diadakan serentak di seluruh Malaysia. Beberapa orang wakil pelajar daripada FIK telah turut serta menjayakan program ini di beberapa negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu komuniti dalam pendigitalan pemasaran dengan memberi sedikit perkongsian dan pendedahan secara bersemuka mengenai perkara tersebut kepada beberapa usahawan.

hero1hero2hero3hero4