PROGRAM E-SPORT BATTLEFIELD CAMPUS BESUT

Pada 26 April hingga 28 April 2021 telah berlangsungnya satu program secara atas talian iaitu program E-SPORT BATTLEFIELD CAMPUS BESUT yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (PMFIK) 20/21 dan penglibatan untuk program ini adalah terbuka kepada semua mahasiswa/i di kampus besut sahaja. Program ini dijalankan secara atas talian dan telah mendapat sambutan daripada mahasiswa/i kampus besut. Sebanyak 10 pasukan menyertai PUBG Mobile , 8 pasukan menyertai Mobile Legend dan 15 individu yang menyertai Magic Chess.

Antara intipati yang diperoleh daripada program ini ialah dapat memberi pengajaran kepada semua mahasiswa/i agar tidak membuang masa .Hal ini kerana permainan secara atas talian ini dapat memberi kebaikan kepada pelajar contohnya , para pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara fakulti dan tidak membuang masa dengan perkara -perkara yang tidak bermanfaat.

Secara keseluruhannya program E-SPORT BATTLEFIELD CAMPUS BESUT berjalan dengan sangat lancar dan jayanya serta dapat memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat.Seterusnya, tinggi harapan PMFIK ingin melihat mahasiswa/i UniSZA dan semua penonton dapat menggunakan segala intipati daripada program ini untuk menjadi mahasiswa dan insan yang tidak membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat seperti tidur dan sebagainya. PMFIK juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Timbalan Naib Censelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) kerana memberi kepercayaan dan meluluskan program ini. Semoga program E-SPORT BATTLEFIELD CAMPUS BESUT bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

esport1esport2

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/05/2021 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin