RAMADAN BERSAMA PMFIK

Pada 2 Mei 2021, bersamaan 20 Ramadan 1442H telah berlangsunya satu program secara bersemuka iaitu program “Ramadan Bersama PMFIK” yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK) 20/21 dan penglibatan untuk program ini adalah melibatkan ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK) sahaja seramai 15 orang menggunakan platform penyerahan bersemuka. Program ini adalah satu program yang dirancang oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK) untuk memberi sumbangan kepada Asrama Perkaya Besut di Kampung Kerandang,Jabi,Jerteh,Terengganu.

Antara intipati yang diperoleh daripada program ini ialah pemberian sumbangan berbentuk barang keperluan dan duit raya kepada murid-murid yang berumur 12 tahun ke bawah.

Secara keseluruhannya program “Ramadan Bersama PMFIK” berjalan dengan sangat lancar dan jayanya dan dapat memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat. Seterusnya,tinggi harapan PMFIK ingin melihat mahasiswa/i UniSZA melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang melibatkan bersama komuniti supaya dapat membentuk satu hubungan silaturahim yang kukuh antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Tembila dengan komuniti setempat. PMFIK juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) kerana memberi kepercayaan dan meluluskan program ini.Semoga program “Ramadan Bersama PMFIK” ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh dari semua pihak.

ramadhan pmfik

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin