Latar Belakang

 

Fakulti Informatik dan Komputeran secara rasminya telah diluluskan penubuhannya pada Jun 2006 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Fakulti ini ditubuhkan dengan menaiktaraf Pusat Teknologi Maklumat, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pusat Teknologi Maklumat ini ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1997. Beberapa program akademik berkaitan dengan bidang ICT telah dijalankan pada ketika itu meliputi:

  1. Sijil Teknologi Maklumat
  2. Sijil Teknologi Multimedia
  3. Sijil Pengaturcaraan Komputer
  4. Diploma Teknologi Maklumat
  5. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kerjasama dengan Universiti Malaya)
  7. Ijazah Sarjana Muda Sains Sistem Maklumat Perniagaan (Kerjasama dengan University of East London)

Fakulti Informatik dan Komputeran kini diterajui oleh seorang Dekan dengan dibantu oleh tiga orang Timbalan Dekan dan tiga orang Ketua Pusat Pengajian. Terdapat tiga pusat pengajian di Fakulti Informatik dan Komputeran yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), iaitu Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Multimedia. Aktiviti teras fakulti terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat. Fakulti mempunyai seramai 50 orang pensyarah, 10 orang penolong pensyarah, seorang pengajar dan 11 orang kakitangan sokongan.

Pada masa ini, Fakulti Informatik dan Komputeran menawarkan 9 program akademik berkaitan dengan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT):

Peringkat  Kategori No. MQA

Diploma

i. Diploma Teknologi Maklumat

ii. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)

10366

10368

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet)

iv. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media)

11180

PA 0516

PA 2934

PA 5123

PhD dan Sarjana

i. PhD

ii. Doktor Falsafah

iii. Sarjana Teknologi Maklumat (Informatik Pengurusan)

 -

FA5576

FA5576