PROGRAM ENGLISH DAY

Program English Day dijalankan selama sehari pada 15 Disember 2021 secara atas talian, UniSZA Kampus Besut. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Antara objektif utama program ialah memberi peluang kepada pelajar FIK untuk menonjolkan bakat mereka bercakap dalam bahasa inggeris. Selain itu, program ini membantu pelajar FIK dari segi kemahiran insaniah supaya dapat berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan yakin dan lancar.

Program bermula jam 8:00 malam dengan kemasukan ke dalam link google meet. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan mesra daripada Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Informatik dan Komputeran. Selepas itu, sesi public speaking dimulakan. Seramai dua orang pelajar yang telah memberikan ucapan mereka mengikut topik yang disediakan iaitu “Importance of Sports in Students Life”.Mereka memberikan input yang bermanfaat untuk para dengar yang menyertainya. Selepas itu, program diteruskan dengan aktiviti permainan “Two Truth and A Lies” yang dikendalikan oleh Ammar Norzan yang juga merupakan Exco Ekonomi & Keusahawanan PMFIK. Permainan ini mendapat sambutan baik oleh empat orang penonton. Mereka kelihatan sangat fasih berbahasa inggeris dan sering berbalas fakta antara mereka. Selepas permainan ini selesai, program ini ditamatkan kerana kesuntukan masa. Secara keseluruhannya, program “English Day” berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada peserta. Sekian, terima kasih.

english day Medium