eFOOTBALL PVP TOURNAMENT 2022

Pada 8 Januari 2022 bersamaan 5 Jamadilakhir 1443H telah berlangsungnya satu program secara fizikal iaitu Campus Besut Efootball Pvp Tournament 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (PMFIK) 20/21 dan penglibatan untuk program ini adalah terbuka kepada pelajar Kampus Besut. Program ini dijalankan secara bersemuka yang menggunakan bilik UniSZA Digital Hub pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini menjalankan pertandingan esport secara live iaitu perlawanan permainan FIFA22 Football secara 1 lawan 1 di peringkat kumpulan dan playoff.

Seramai 16 orang peserta serta 11 orang penonton dari Kampus Besut telah menghadiri ke lokasi kejadian bagi memeriahkan lagi suasana aktiviti program. Sepanjang aktiviti program dijalankan, kesemua peserta begitu teruja kerana dapat kembali menyertai program yang dijalankan secara bersemuka memandangkan kebanyakan anjuran program yang dijalankan adalah secara dalam talian. Pengurusan program juga adalah mengikuti piawaian SOP Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak universiti baru-baru ini.

Secara keseluruhannya program Campus Besut Efootball Pvp Tournament 2022 berjalan dengan sangat lancar dan jayanya serta dapat memberi banyak manfaat dan kemeriahan kepada semua yang terlibat. PMFIK juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Timbalan Naib Censelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) kerana memberi kepercayaan dan meluluskan program ini. Semoga program Campus Besut Efootball Pvp Tournament 2022 bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

fifafifa2 Small

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin